Kelas Asas ICT (Microsoft Publisher)

30 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 29 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Ict bersama pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini disertai 16 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar Giatmara Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi membekalkan kemahiran Ict dalam kalangan pelajar Giatmara Lubok Antu. Dalam kelas ini juga, peserta telah didedahkan dengan penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan kulit majalah. Disamping itu, peserta telah digalakkan mengeksplorasi manfaat butang text box, shape, word art dan shape. Sebagai aktiviti tambahan, para peserta telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak dan tayangan video maklumat palsu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan Tayangan Video KDB
2. Pengenalan kepada Ms Publisher
3. Latihan Menghasilkan Kulit Majalah
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali